Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Langgar Perjanjian Gencatan Senjata

Selasa, 04/02/2025 – Pada pagi Ahad, tentera penjajah Israel secara tidak bertanggungjawab telah bertindak melepaskan tembakan ke arah ribuan rakyat Palestin yang menunggu di Jalan Salah al-Din dan al-Rashid bagi tujuan kembali ke Kota Gaza. Sumber perubatan di Hospital Al Awda di Nuseirat melaporkan terdapat seorang syahid dan 5 cedera, di mana seorang daripadanya adalah seorang kanak-kanak, tiba ke hospital dari kawasan Tibbet Al-Nuwairi, barat kem Nuseirat, akibat tembakan penjajah Israel yang berlaku pada perhimpunan rakyat yang sedang menunggu untuk kembali ke kawasan di utara Semenanjung Gaza.

Menurut sumber tempatan, pasukan penjajah terus melanggar perjanjian gencatan senjata, menutup paksi Netzarim, dan menghalang kepulangan mereka yang dipindahkan, yang mana ia jelas melanggar perjanjian yang berkuat kuasa pada 19 hari bulan Januari yang lalu.

Dalam satu kenyataan pada petang Sabtu, Hamas menganggap penjajah Israel bertanggungjawab ke atas sebarang kegagalan dalam usaha melaksanakan perjanjian damai itu dan kesannya ke atas stesen yang lain. Hamas berkata: Penjajah masih menunda untuk melaksanakan syarat gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan, dengan terus menutup Jalan Al-Rashid dan menghalang kepulangan mereka yang diusir walaupun telah bersusah payah berjalan kaki dari selatan ke utara.

Seorang rakyat mati syahid akibat tembakan tentera Israel – pada petang Sabtu – selepas mereka menyasarkan ratusan rakyat yang menunggu di timur Nuseirat, untuk kembali ke kawasan kediaman mereka di Gaza dan utara Semenanjung Gaza. Menurut saksi mata, pasukan penjajah melepaskan tembakan secara rambang ke atas ratusan rakyat yang sedang menunggu di Jalan Salah al-Din untuk dibenarkan pulang ke utara Gaza, selepas Briged Qassam menyerahkan 4 tawanan iaitu tentera wanita Israel petang tadi di Kota Gaza.

Sumber menyatakan bahawa syahid ialah Raed Nofal Nofal (43 tahun), yang merupakan seorang penduduk Nuseirat. Peningkatan bilangan syahid semakin bertambah setelah penjajah cuba melanggar perjanjian yang  membenarkan mereka yang diusir, untuk kembali ke kediaman masing-masing, dengan alasan Hamas tidak mahu membebaskan tahanan Erbil Yehud. Pejabat Perdana Menteri penjajah, Benjamin Netanyahu berkata dalam kenyataannya bahawa ia tidak akan membenarkan pelarian pulang sehingga pembebasan mereka diaturkan walaupun menurut Al Jazeera setelah memetik sumber dari Hamas mengesahkan bahawa Erbil Yehud masih hidup dan akan dikeluarkan dalam kumpulan ketiga Sabtu depan.

Sumber dalam Briged Al-Quds berkata, banduan itu, Erbil Yehud, adalah banduan mereka dan akan dibebaskan sebagai tentera.

Penterjemah : Halimah