
Selasa, 04/02/2025 – Seorang pegawai Hamas memberitahu Reuters pada hari Isnin bahawa 25 daripada 33 tawanan Israel yang akan dibebaskan pada peringkat pertama masih hidup.
Pegawai tersebut berkata bahawa Israel telah menerima senarai itu daripada pihak perantara perjanjian gencatan senjata Gaza.
Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer kemudiannya mengesahkan bahawa senarai tersebut menunjukkan lapan tawanan telah meninggal dunia.
Penterjemah : Neina