Categories
Berita Semasa

Hamas memuji pembentukan “Kumpulan Hague” yang menyokong hak rakyat Palestin

Khamis, 06/02/2025 – Ahli biro politik Hamas Basem Naim memuji pembentukan Kumpulan Hague oleh beberapa negara bagi menyokong hak rakyat Palestin dan menamatkan penjajahan Israel.

Dalam satu kenyataan pada Ahad, Naim menyifatkan pelancaran kumpulan yang dibentuk oleh sembilan negara itu sebagai satu langkah penting dan berpengaruh bagi menghentikan penjajahan Palestin oleh Israel.

Naim menekankan yang usaha itu penting dalam perjuangan antarabangsa menentang rejim zionis, dan menyeru negara-negara lain untuk menyertai kumpulan itu bagi menyokong hak asasi manusia dan memulihkan kehormatan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang telah dilanggar oleh rejim.

Penterjemah : Nuridawati