
Isnin, 10/02/2025 – Amnesty International meminta Amerika Syarikat untuk menangkap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang akan bertemu dengan Presiden AS Donald Trump malam ini di Rumah Putih.
Organisasi tersebut mengatakan dalam serangkaian hantaran di platform “X”, “Dengan menerima Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang diburu Mahkamah Jenayah Antarabangsa (IJC) atas tuduhan melakukan kejahatan perang dan kejahatan terhadap kemanusiaan, Amerika Syarikat menunjukkan penghinaan terhadap keadilan antarabangsa.
Pihak Amnesty mengatakan, “Mantan Presiden Joe Biden menggagalkan segala usaha untuk mencapai keadilan antarabangsa bagi Palestin, dan Presiden Trump meneruskan jalan ini dengan tidak menangkap Netanyahu atau melakukan siasatan, dan di sini dia diterima sebagai perdana menteri pertama yang mengunjungi Rumah Putih sejak pelantikannya pada 20 Januari.”
Amnesty menekankan bahawa Amerika Syarikat mempunyai tanggungjawab yang jelas berdasarkan Konvensyen Genewa untuk mencari mereka yang dituduh melakukan kejahatan perang atau memerintahkan pelaksanaannya dan berusaha mengekstradisi mereka.
Penterjemah : Dr Osman