Categories
Berita Semasa

Hamas: Serangan di Tayasir sebagai serang balas jenayah rejim Zionis di Tebing Barat.

Khamis, 06/02/2025 – Kejadian serangan tembakan di sekatan jalanraya Tayasir di timur Tubas pada hari Selasa dalam membalas tindakan rejim Zionis Israel ke atas jenayah di Tebing Barat sejak 2 minggu lepas, menurut Pergerakan Hamas.

Dalam satu kenyataan, jenayah rejim Zionis di Tebing Barat terutama di kem pelarian di Jenin, Tulkarem dan Tubas tidak mematahkan semangat perjuangan kemerdekaan warga Palestin. Serangan bersenjata di Tayasir mengesahkan perjuangan Palestin akan berada di atas jalan yang menentang penjajahan dan menghadapi tentangan menurut Pergerakan Hamas.

Penterjemah : Hairul