Categories
Berita Semasa

Empat Warga Gaza Terbunuh Ditembak Tentera Israel

Rabu, 12/02/2025 – Empat warga Palestin, termasuk seorang wanita warga emas, syahid selepas ditembak oleh tentera rejim Israel (IOF) di beberapa lokasi di Semenanjung Gaza pada petang Ahad.

Menurut agensi berita SAFA, tiga individu maut akibat tembakan tentera Israel di timur kejiranan az-Zeitoun, Gaza City.

Sementara itu, seorang wanita warga emas turut ditembak mati di timur al-Qarara, timur Khan Yunis, selatan Gaza.

Walaupun gencatan senjata telah berkuat kuasa, tentera Israel terus menyerang dan menembak orang awam di Gaza.

Sejak permulaan gencatan senjata bulan lalu, tentera Israel telah membunuh 14 warga Palestin, termasuk tiga kanak-kanak. Antara mangsa adalah penduduk yang cuba pulang ke rumah mereka di utara Gaza selepas terpaksa berpindah.

Penterjemah : Ezatul