![](https://english.palinfo.com/wp-content/uploads/2025/02/2025-02-11-18.38.57-e1739288611511-960x551-1.jpg)
Khamis, 13/02/2025 – Pasukan tentera penjajah Israel (IOF) menembak dan mencederakan dua pemuda Palestin di Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada petang Selasa.
Menurut sumber tempatan, kedua-dua mangsa ditembak oleh penembak tepat Israel di kawasan garaj timur, di tengah bandar Rafah.
Terdahulu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr. Munir Al-Bursh, mendedahkan bahawa sejak bermulanya gencatan senjata di Gaza pada 19 Januari 2025, seramai 118 rakyat Palestin telah syahid, manakala 822 yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Media Kerajaan, Ismail Thawabta, melaporkan bahawa IOF telah melakukan 265 pelanggaran terhadap gencatan senjata dalam tempoh tersebut.
Beliau menjelaskan bahawa pelanggaran ini merangkumi serbuan ke kawasan penduduk, serangan tembakan ke atas orang awam, perobohan rumah, serta kegagalan mematuhi protokol kemanusiaan.
Penterjemah : Ezatul