
Khamis, 20/02/2025 – Kumpulan Perjuang Islam “Hamas” menyatakan penolakannya terhadap kenyataan Presiden AS, Donald Trump, berhubung perpindahan rakyatnya dari Semenanjung Gaza dengan alasan untuk pembinaan semula Gaza.
Dalam satu kenyataan akhbar yang diterima oleh Pusat Informasi Palestin, Hamas menganggap bahawa kenyataan Trump bersifat perkauman serta merupakan seruan untuk penghapusan etnik. Kenyataan Trump itu jelas bertujuan untuk melemahkan perjuangan rakyat Palestin dan menafikan hak kewarganegaraan rakyat Palestin yang sepatutnya tidak boleh dipertikaikan.
Beliau juga menegaskan bahawa rancangan untuk mengusir rakyatnya dari Gaza tidak akan berjaya, serta menjamin, Trump akan berhadapan dengan tentangan hebat dari rakyat Palestin, Arab dan Islam yang menolak semua rancangan pemindahan ini.
Dia turut berkata dalam kenyataan itu, bahawa rakyatnya di Gaza telah bertahan dengan pengeboman dan pencerobohan, dan akan terus kekal teguh di tanah mereka, sekaligus menggagalkan semua perancangan pemindahan paksa dan pengusiran.
Tegasnya lagi, segala perkara yang gagal dicapai oleh penjajah melalui pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai sebelum ini, juga tidak akan berjaya dicapai melalui pelan pembubaran dan pemindahan ini. Pergerakan Hamas juga berkata bahawa ia sentiasa komited kepada perjanjian gencatan senjata yang dilakukan oleh penjajah, yang ditaja dan dijamin oleh pengantara (Mesir, Qatar, dan Amerika Syarikat) dan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa pihak penjajahlah yang tidak mematuhi perjanjian, dan mereka mesti bertanggungjawab terhadap sebarang tindakbalas atau kelewatan.
Menurut fakta sebelum ini, Presiden AS Donald Trump menyatakan sokongannya terhadap penguasaan Israel terhadap Tebing Barat, dan sekali lagi menerima pakai rancangan pembersihan dengan mengawal Semenanjung Gaza dan memindahkan penduduknya. Dan sebagai tindak balas kepada soalan mengenai penguasaan Israel terhadap Tebing Barat, Trump juga berkata, “Ia akan berjaya,” seperti yang dilaporkan oleh Reuters. Mengenai Gaza, Presiden AS berkata lagi, “Kami akan menguruskan Gaza dengan betul dan kami tidak akan membelinya.”
Penterjemah : Halimah