
Selasa, 25/02/2025 – Pergerakan Hamas berkata bahawa keputusan Israel untuk memperluaskan operasi ketenteraannya di Jenin, utara Tebing Barat ternyata mendedahkan niat jahatnya untuk meneruskan perang serta pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.
Keputusan Israel untuk meluaskan pencerobohannya di Tebing Barat dan kempen pemindahan secara paksa yang menjejaskan lebih 40,000 rakyat Palestin dari kem Jenin, Tulkarem, Nour Shams dan Al-Far’a, memerlukan semua komponen rakyat Palestin dan puak penentangnya membentuk satu barisan yang bersatu padu untuk menghadapi jenayah kejam ini, kata Gerakan dalam satu kenyataan.
Gerakan selanjutnya menegaskan bahawa “kenyataan yang dibuat oleh Menteri Tentera Israel, Yisrael Katz, untuk mengekalkan tenteranya di kem Tebing Barat utara selama setahun, dan menghalang penduduknya pulang ke rumah mereka, adalah ilusi yang tidak akan menjadi kenyataan.”
Penterjemah : Dr Nurul