Laman pro-Palestin cuba digodam


United Kingdom , 20/10/2004, Rabu – Rejim Zionis telah cuba untuk menggodam laman Palestine.info yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa semenjak hari Jumaat yang lalu, tetapi gagal dan berjaya dipintas oleh web master laman-laman tersebut.

Semenjak hari Jumaat yang lalu (15/10/2004) pihak Zionis telah cuba menggodam laman web Palestine-info yang boleh didapati dalam pelbagai bahasa dan mempunyai jutaan pengunjung. Percubaan itu bukanlah percubaan yang pertama, sebelum ini pun banyak laman-laman web pro-Palestin yang berjaya mendedahkan segala berita yang tidak disiarkan di dalam media arus perdana telah digodam oleh Zionis melalui sebuah jabatan khas mereka di Mossad.

Sehingga hari ini laman tersebut (Palestine-info) masih berjaya menangkis serangan-serangan Zionis. Laman web HAMAS yang terlebih dahulu digodam semenjak hampir sebulan yang lalu masih belum berjaya dipulihkan. Laman Palestine-info berbahasa Indonesia juga telah berkali-kali digodam oleh Zionis.

Tujuan sebenar mereka menggodam laman-laman tersebut ialah untuk menghalang para pengunjung dan penggemar internet daripada mendapat berita-berita sebenar tentenag keganasan mereka dan juga kerosakan dan kerugian yang mereka alami.

Di awal November hadapan, Rejim Zionis dijadualkan akan mengadakan persidangan berkaitan perisian cetak rompak. Sumber -sumber Palestin mengatakan persidangan tersebut bertujuan untuk menghalang dokumentari-dokumentari berkaitan keganasan mereka dari terdedah kepada orang ramai.