
Rabu, 20/10/2004 –
Setelah melihat dan mengamati mereka yang syahid dan cedera dalam operasi ketenteraan Israel terakhir di utara Semenanjung Gaza yang jumlahnya mencapai 800 orang, ternyata tentara Israel menggunakan senjata terlarang dalam undang-undang antarabangsa.
Senjata ini tidak pernah digunakan oleh Israel dalam serangan-serangan sebelum ini. Pengumuman ini dinyatakan oleh Jawatankuasa Khas dari Geneva ke Semenanjung Gaza sebagai persiapan laporan tentang jenis senjata yang digunakan Israel.
Mengikut kenyataan ketua unit darurat di RS Asy-Syifa di Gaza, Muawiyah Husnain, bahawa kecederaan berupa anggota badan yang hancur, adanya kesan terbakar parah di seluruh tubuh, ditambah 165 korban dengan kesan kecacatan yang berbeza-beza. Ini menunjukkan bahawa Israel menggunakan senjata terlarang dalam operasi ketenteraan terhadap rakyat Palestin.
Husnain menyebut lagi, pihaknya telah berjaya memeriksa jenis logam dan kimia dalam senjata. Roket yang dilepaskan akan mengenai Palestin dengan keadaan yang sangat berbahaya. Demikian halnya dengan bahan kimia yang jika tersentuh dengan badan, akan menyebabkan terbakar. Disamping ada jenis roket lain yang biasa menyebabkan hancurnya seluruh anggota badan .
Beliau menambah bahawa sejumlah korban kehilangan ginjal, jantung dan limpa. Pihak Jawatankuasa Khas akan menyiapkan laporan khas berkenaan kematian rakyat Palestin dan jenis-jenis senjata yang digunakan.
Selama 17 hari kekejaman berlaku, Israel telah membunuh 147 warga Palestin dan mencederakan seramai 550 orang dan menghancurkan lebih dari 100 buah rumah dan infrastruktur lainnya.