
Jumaat, 07/03/2025 – Pasukan Zionis Israel (IOF) terus menutup lintasan sempadan Karm Abu Salem untuk hari ketiga berturut-turut, dalam langkah yang menyalahi undang-undang dan tidak berperikemanusiaan yang memburukkan lagi bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza, menghalang kemasukan makanan, bantuan perubatan dan bahan api, mengancam nyawa lebih 2.4 juta rakyat Palestin yang terperangkap dalam keadaan tragis.
Ismail Al-Thawabtah, Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan (GMO), memberi amaran bahawa penutupan ini bermakna mengganggu kemasukan bekalan makanan asas, ubatan dan bahan api, meningkatkan krisis kebuluran dan rawatan kecederaan dan kesihatan.
Zionis bertanggungjawab sepenuhnya atas kesan buruk pengepungan yang menyesakkan ini dan menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi tekanan segera kepada Zionis untuk membuka semula lintasan dan memastikan aliran penyampaian bantuan secara kekal dan tanpa sekatan untuk mengelakkan bencana kemanusiaan selanjutnya yang mengancam nyawa ratusan ribu orang awam, penggunaan berterusan kebuluran sebagai alat perang adalah pelanggaran serius terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan jenayah yang boleh dihukum oleh undang-undang.
Penterjemah : Ameen