
Khamis, 20/03/2025 – Regim Zionis Israel (IOF) melancarkan operasi memburu seorang pejuang penentangan Palestin selepas seorang pendatang Yahudi ditembak dan mengalami kecederaan sederhana berhampiran penempatan haram Ariel di Tebing Barat pada hari Rabu.
Menurut media Hebrew, pendatang Yahudi tersebut cedera apabila seorang warga Palestin melepaskan tembakan ke arah keretanya berhampiran kawasan perindustrian Ariel sebelum melarikan diri dari tempat kejadian.
Pendatang Yahudi yang cedera itu berjaya tiba di kawasan perindustrian Ariel selepas diserang, di mana dia menerima bantuan perubatan, menurut radio IOF.
Susulan kejadian tersebut, tentera Israel mula menutup jalan di kawasan sekitar dan menggunakan pemantauan udara dalam usaha mencari penembak tersebut.
Penterjemah : Norshuhada Samudin