
Jumaat, 21/03/2025 – Pemimpin Gerakan Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata bahawa operasi darat Israel dan kemaraan kenderaan tentera ke arah paksi Netzarim, yang memutuskan hubungan antara utara dan selatan Semenanjung Gaza, akan menghancurkan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata.
Abu Zuhri menegaskan bahawa para perantara mesti memikul tanggungjawab mereka sebelum perjanjian itu runtuh sepenuhnya, sambil menekankan bahawa penentangan Palestin bersedia untuk bertindak balas terhadap langkah Israel.
Beliau turut menjelaskan bahawa kegagalan perantara dalam menekan penjajah Israel untuk memulakan rundingan fasa kedua akan mengancam keseluruhan perjanjian tersebut.
Penentangan Palestin di Gaza tidak akan menyerahkan tawanan Israel melainkan penjajah Israel bersetuju untuk menghentikan serangan, menarik diri sepenuhnya dari Semenanjung Gaza, dan menamatkan sekatan yang dikenakan.
Penterjemah : Norshuhada Samudin