Categories
Berita Semasa

Ketua UNRWA: Kepungan Israel Dorong Kebuluran Akut di Gaza 

Rabu, 26/03/2025 – Larangan Israel kemasukan bekalan ke Gaza mendorong kawasan itu lebih dekat kepada krisis kelaparan yang teruk, ketua Agensi PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini telah memberi amaran.

“Sudah tiga minggu sejak pihak berkuasa Israel melarang kemasukan bekalan ke Gaza,” kata Lazzarini dalam satu kenyataan pada Ahad.

“Tiada makanan, tiada ubat-ubatan, tiada air, tiada bahan api. Pengepungan yang ketat lebih lama daripada apa yang berlaku dalam fasa pertama perang.”

Israel telah melarang kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak 4 Mac, berikutan tamatnya fasa pertama perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan.

Lazzarini memberi amaran bahawa penduduk Gaza bergantung kepada import melalui Israel untuk kelangsungan hidup mereka.

“Setiap hari yang berlalu tanpa kemasukan bantuan bermakna lebih ramai kanak-kanak tidur dalam keadaan lapar, penyakit merebak & gangguan kehidupan,” katanya.

“Setiap hari tanpa makanan menghampiri Gaza dengan krisis kelaparan yang teruk,” kata ketua UNRWA itu.

“Mengharamkan bantuan adalah hukuman kolektif ke atas Gaza: sebahagian besar penduduknya adalah kanak-kanak, wanita & lelaki biasa.”

Lazzarini menyeru untuk menarik balik kepungan Israel, pembebasan semua tebusan, dan akses kepada bantuan kemanusiaan dan bekalan komersial “tidak terganggu dan berskala besar.”

Tentera Israel telah melancarkan serangan mengejut ke atas Gaza sejak Selasa, membunuh lebih 700 rakyat Palestin, mencederakan lebih 1,200 yang lain, dan menghancurkan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang berlaku pada Januari.

Lebih 50,000 rakyat Palestin telah terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, dan lebih 113,000 cedera dalam serangan kejam tentera Israel ke atas Gaza sejak Oktober 2023.

Penterjemah : Ameen