
Selasa, 08/04/2025 – Pergerakan Hamas menyanjung tindakan berani jurutera Microsoft berbangsa Morocco Ibtihal Abussad, yang memberi pencerahan tentang kerjasama syarikat tekonologi global bersama-sama dengan rejim genosid Zionis Israel.
“Kerjasama ini memberikan penjajah yang zalim dengan teknologi AI yang memudahkan aktiviti genosid ke atas rakyat Gaza “ menurut Hamas dalam satu kenyataan pada Sabtu lepas.
“Ketetapan yang disuarakan oleh jurutera berkeneaan, Ibtihal Abussaa dan keputusan beliau untuk tidak terlibat dalam jenayah korporat dalam menyokong nilai kemanusiaan dan keadilan dalam persoalan Palestin telah menzahirkan kesedaran insan dan kekuatan prinsip moral dan keazaman untuk mengetengahkan kezaliman organisasi dan peranan mereka dalam jenayah genosid ke atas rakyat Gaza di Sememanjung Gaza “ menurut Hamas.
Penterjemah : Hairul