
Rabu, 09/04/2025 – Kerajaan Belanda mengumumkan pada hari Isnin sekatan yang lebih ketat ke atas eksport semua produk ketenteraan dan “barangan dwi guna (awam dan tentera)” yang ditujukan untuk Israel.
Kerajaan Belanda berkata dalam surat kepada parlimen bahawa semua eksport dan produk langsung yang transit ke Israel akan diperiksa untuk mematuhi peraturan Eropah dan tidak lagi dilindungi di bawah lesen eksport am.
Setiausaha Luar Caspar Feldkamp dan Setiausaha Perdagangan Reneth Cleaver menulis: “Keinginan untuk melaksanakannya adalah disebabkan oleh keadaan keselamatan di Israel, wilayah Palestin dan rantau ini secara keseluruhan.”
“Pengeksport masih boleh memohon lesen, yang kemudiannya akan disahkan berdasarkan peraturan Eropah,” tambah mereka. Kerajaan Belanda mengesahkan bahawa tiada produk ketenteraan telah dieksport ke Israel dari Belanda di bawah lesen am sejak Israel memulakan perang pemusnahan di Gaza pada 7 Oktober 2023.
Ia menambah bahawa lesen am untuk mengeksport “produk keselamatan maklumat berisiko rendah,” seperti penghala untuk keselamatan rangkaian, telah kerap digunakan untuk mengeksport ke Israel. Ia menganggarkan bahawa antara 50 dan 100 lesen kini perlu diperlukan untuk mengeksport produk ini secara individu.
Dengan sokongan mutlak Amerika Syarikat, pendudukan telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Gaza sejak 7 Oktober 2023 yang menyebabkan lebih daripada 166,000 rakyat Palestin terbunuh dan cedera, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, dan lebih daripada 11,000 hilang.
Penterjemah : Juhari