
Rabu, 16/04/2025 – Seorang pegawai kanan Hamas memberitahu saluran TV Al Jazeera bahawa Hamas telah menerima cadangan gencatan senjata baharu daripada Mesir – namun pihak Mesir menegaskan bahawa tiada perjanjian boleh dicapai dengan Israel melainkan kumpulan Palestin itu meletakkan senjata.
“Delegasi perunding kami terkejut apabila cadangan yang disampaikan oleh Mesir mengandungi teks yang secara jelas menyebut pelucutan senjata perjuangan,” kata pegawai tersebut.
“Mesir memaklumkan kepada kami bahawa tiada persetujuan untuk menghentikan perang tanpa merundingkan pelucutan senjata perjuangan.”
Menurut pegawai itu lagi, Hamas tetap dengan pendiriannya bahawa sebarang perjanjian mestilah berasaskan kepada penghentian perang Israel di Gaza dan pengunduran Israel dari wilayah Palestin tersebut. Pegawai itu turut menegaskan bahawa senjata Hamas “tidak boleh dijadikan bahan rundingan.”
Penterjemah : Norshuhada Samudin