Categories
Berita Semasa

Pembunuhan beramai-ramai Al-Shujaiya: Jumlah kematian meningkat kepada 35 orang, termasuk 8 kanak-kanak

Isnin, 14/04/2025 – Jumlah kematian pembunuhan beramai-ramai Al-Shujaiya di kota Gaza oleh tentera rejim zionis (IOF) pada pagi Rabu meningkat kepada 35 orang syuhada termasuk 8 kanak-kanak, manakala operasi mencari mereka yang tertimbus di bawah runtuhan masih dilakukan.

Pesawat tentera zionis mengebom sebuah rumah empat tingkat milik keluarga Abu Amsha di Jalan Baghdad, kejiranan Al-Shujaiya kota Gaza, memusnahkan sebuah rumah dan 10 rumah berdekatan, semuanya berpenghuni.

Kru perubatan telah menemukan 30 orang syuhada, termasuk 8 kanak-kanak, dan 50 orang cedera.

Penterjemah : Nuridawati