
Rabu, 23/04/2025 – Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan menyatakan pada Isnin yang para tahanan wanita Palestin yang ditahan di Penjara Damon mengalami keadaan yang sangat susah dan tidak berperikemanusiaan.
Rentetan lawatan ke penjara, peguam Suruhanjaya melaporkan yang makanan tidak berkualiti dan sedikit, menyebabkan penyakit gastrointestinal di kalangan tahanan wanita, semuanya mengalami penurunan berat badan yang ketara.Dalam satu kenyataan akhbar, Suruhanjaya membawa kes seorang tahanan wanita Karam Mohammad Musa, 53, dari Kampung Surra di Pentadbiran Nablus, yang ditahan pada 25 Februari 2025.
Beliau ditahan di sel yang ada kesan darah, tanpa ruang untuk solat, tiada makanan, dan hanya ada satu tilam kecil yang dikongsi bergilir-gilir dengan seorang tahanan lain.
Penterjemah : Nuridawati