
Jumaat, 25/04/2025 – Haroun Nasser Al-Din, ahli biro politik Hamas dan Ketua Pejabat Hal Ehwal Baitulmuqaddis, memberi amaran pada Rabu yang para pendatang Israel menyeru agar membuka dataran Masjid Aqsa pada perarakan yang akan diadakan. Ia menandakan peningkatan usaha untuk menerapkan unsur Yahudi ke atas tapak suci dan menekankan penguasaan rejim ke atasnya.
Dalam satu kenyataan, Nasser Al-Din berkata, mereka terus menuntut di samping keganasan oleh tentera rejim terus berleluasa. Beliau menekankan keperluan segera untuk menghalang rancangan mereka memusnahkan masjid dan menggantikan dengan kononnya ‘kuil ketiga’.
Beliau menyatakan yang kumpulan pelampau telah membuat rayuan kepada Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, menuntut agar para pendatang diberi kemasukan tanpa batas ke dataran Masjid Aqsa ketika perarakan yang dijadualkan pada 25 dan 26 Mei. Tuntutan ini adalah sebahagian agenda yang disokong oleh Ben Gvir untuk mencemarkan tempat suci Islam.
Penterjemah : Nuridawati