
Jumaat, 02/05/2025 – Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza mengumumkan bahawa angka syahid dalam genosida Zionis terhadap Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 52,365 manakala 117,905 yang lain cedera sejak 7 Oktober 2023.
Dalam laporan statistik hariannya, kementerian itu berkata pada hari Selasa bahawa hospital Gaza menerima 51 mayat syahid, termasuk mayat yang ditemui dari bawah runtuhan, selain 113 kecederaan dalam tempoh 24 jam yang lalu akibat perang genosida Israel yang berterusan.
Kementerian itu menjelaskan bahawa angka pembunuhan Zionis terhadap Semenanjung pada 18 Mac telah meningkat kepada 2,273 syahid manakala 5,864 yang lain cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa perang yang berterusan selama 18 bulan kepada 170,270 syahid dan cedera.
Ia menyatakan bahawa beberapa mangsa masih berada di bawah runtuhan rumah yang musnah dan di jalan raya, kerana krew ambulans dan pasukan pertahanan awam tidak dapat menghubungi mereka.
Penterjemah : Ameen