Categories
Berita Semasa

 ICRC seru persediaan penjagaan kesihatan disebabkan peningkatan keperluan kemanusiaan di Tebing Barat

Jumaat, 02/05/2025 – Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) telah berikan penekanan terhadap  keperluan penyediaan perkhidmatan rawatan kesihatan yang selamat dan mencukupi di Tebing Barat apabila keperluan bantuan kemanusiaan di sana meningkat tinggi.

Di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Selasa, pihak ICRC memaklumkan bahawa sejak 18 bulan yang lalu, rakyat Palestin di Tebing Barat berhadapan dengan kesukaran hidup, dimana puluhan telah terbunuh dan ribuan pula cedera dan dihalau secara paksa daripada rumah kediaman mereka.

ICRC menekankan bahawa Undang2 Hak Asasi Antarabangsa memaktubkan bahawa mana2 kuasa pendudukan mestilah memastikan keamanan dan kesejahteraan semua kemudahan dan perkhidmatan perubatan di wilayah2 pendudukan, termasuk persediaan bekalan perubatan serta menyediakan keadaan yang selamat dan mudah untuk orang awam mendapatkan perkhidmatan tersebut.

Mereka juga memaklumkan bahawa ICRC akan terus memberikan sokongan kepada sektor Kesihatan di Tebing Barat demi memastikan penerusan  perkhidmatan kesihatan di dalam suasana yang bertambah sukar. Mereka menambah bahawa ICRC baru sahaja menghantar bekalan penting perubatan ke Kementerian Kesihatan di Nablus, termasuk bekalan penyelamatan nyawa seperti anastetik dan bekalan perubatan khusus mangsa kebakaran.

Pada masa yang sama, Ketua Pengarah ICRC, Pierre Krahenbuhl berkata pada hari Isnin lepas, malapetaka baru sudah dilepaskan di Gaza apabila perang dicetuskan semula di wilayah Palestin.

Dia menambah lagi, Gaza sedang berhadapan dan mengharungi kematian, kecederaan, penghalauan paksa yang berkali kali, kehilangan anggota2 badan, perpisahan daripada ahli keluarga, kehilangan, kebuluran dan dihalang daripada menerima bantuan dan memiliki maruah diri di skala yang amat besar.

Di ucapannya di dalam Forum Keamanan Global di Doha, Qatar, Krahenbuhl menyatakan “ Ketika umat dunia merasa lega dengan persetujuan penting perjanjian gencatan senjata pada 19 Januari, tiba-tiba dunia dikejutkan dengan malapetaka perang yang dimulakan semula”.

Pada tarikh 18 Mac, rejim Israel telah memungkiri perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tawanan yang dipersetujui sejak 19 Januari. Rejim Israel memulakan semula peperangan genosid di Jalur Gaza walaupun setelah Hamas mematuhi semua syarat di dalam perjanjian tersebut. Dengan sokongan tanpa syarat yang diberikan oleh US, rejim Israel  telah melakukan genosid di Gaza sejak 7 Oktober 2023 dan lebih daripada 169,000 jiwa rakyat Palestin telah syahid atau cedera dan kebanyakannya merupakan kanak2 dan wanita, manakala 11,000 jiwa pula masih hilang dan belum dijumpai. 

Penterjemah : Hj Fariz