Categories
Berita Semasa

Ramai orang awam syahid, cedera dalam serangan rejim Zionis Israel ke atas Gaza.

Rabu, 07/05/2025 – Pencerobohan rejim Zionis Israel bersambung malam tadi pada hari Ahad dengan serangan maut ke atas beberapa lokasi di Semenanjung Gaza dimana orang awam terkorban  dan cedera.

Menurut sumber berita tempatan, rejim Zionis Israel berterusan meletupkan lebih banyak kediaman dan menyebabkan ramai ahli ahli keluarga bertaburan di Semenanjung Gaza, menambahkan kemelaratan seluruh populasi Gaza.

Menurut sumber dari wartawan Pusat Maklumat Palestin, serangan rejim Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza , termasuk serangan udara ke atas sebuah khemah yang menyebabkan 10 orang awam terkorban dimana tujuh adalah wanita dan mencederakan beberapa lagi di mukim al-Mawasi di kawasan Khan Yunis.

Penterjemah : Hairul