Categories
Berita Semasa

Al-Hams : Israel Bunuh Seorang Kanak-Kanak Setiap 40 Minit di Gaza

Rabu, 07/05/2025 – Marwan Al-Hams, Ketua Pengarah Field Hospitals di Gaza, mendedahkan bahawa lebih 16,000 kanak-kanak telah dibunuh di Semenanjung Gaza sejak permulaan perang genosid Israel pada 7 Oktober 2023.

Bercakap pada sidang media pada hari Isnin, Al-Hams menyatakan bahawa ini menyamai kematian seorang kanak-kanak setiap 40 minit dalam tempoh 17 bulan yang lepas.

Beliau menambah bahawa 908 kanak-kanak Palestin dibunuh sebelum mencapai hari lahir pertama mereka, manakala 311 kanak-kanak dilahirkan dan syahid semasa pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza.

Penterjemah : Neina