
Rabu, 07/05/2025 – Sekumpulan pendatang haram Yahudi telah membakar tanah pertanian yang ditanam dengan gandum pada petang Isnin di Dataran Burqa, barat laut Nablus di utara Tebing Barat.
Sumber tempatan melaporkan bahawa kebakaran yang dicetuskan oleh pendatang haram tersebut telah memusnahkan kawasan tanaman gandum yang luas, mengakibatkan kemusnahan hampir keseluruhan hasil tuaian.
Seorang petani, Samir Rashid Masoud dari pekan Burqa, menyatakan bahawa ini merupakan kejadian ketiga seumpamanya yang menyasarkan tanah miliknya, sekali gus menonjolkan serangan berulang oleh pendatang haram ke atas para petani dan harta benda mereka di kawasan tersebut.
Dataran Burqa dianggap sebagai salah satu kawasan pertanian yang paling penting di utara Tebing Barat, dengan penduduk tempatan sangat bergantung kepada penanaman gandum sebagai sumber utama mata pencarian.
Penterjemah : Norshuhada Samudin