
Khamis, 15/05/2025 – Seorang warganegara terbunuh pada hari Selasa berikutan serangan dron Israel di bandar Houla di selatan Lubnan, menandakan satu lagi pelanggaran perjanjian gencatan senjata berlaku.
Menurut sumber keselamatan Lubnan, kematian berlaku apabila dron Israel melepaskan peluru berpandu ke arah sebuah motosikal di bandar sempadan Houla.
Agensi berita negara NNA telah mengesahkan serangan, tanpa memberikan butiran mengenai identiti mangsa.
Gencatan senjata yang rapuh telah berkuatkuasa di Lubnan sejak November 2024 telah menamatkan serangan dan pertempuran berbulan-bulan antara Israel dan Hizbullah — yang bermula sejurus selepas perang pembunuhan genosid di Gaza bermula pada Oktober 2023.
Walau bagaimanapun, tentera pendudukan rejim Israel masih kerap melakukan serangan di Lubnan, mendakwa ia menyasarkan tentera dan infrastruktur Hizbullah.
Perjanjian gencatan senjata itu berdasarkan satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1701 yang menyatakan bahawa tentera Lubnan dan pasukan pengaman PBB haruslah menjadi satu-satunya pasukan ketenteraan di selatan Lubnan. Di bawah perjanjian itu, Israel sepatutnya menarik semua tenteranya keluar daripada selatan Lubnan, tetapi dukacitanya ia masih terus mengekalkan kehadiran tenteranya di lima kawasan yang dianggap “strategik.”
Penterjemah : Hj Fariz