
Khamis, 15/05/2025 – Sekurang-kurangnya 24 warga Palestin terbunuh dengan ramai lagi cedera dan dilaporkan hilang setelah serangan udara rejim Zionis Israel yang menggunakan bahan pembakar di kawasan tumpuan penduduk berhampiran Hospital Eropah di Khan Yunis, selatan Gaza.
Salah satu serangan mengenai kawasan kediaman berhampiran. Pihak Pertahanan Awam Palestin di Khan Yunis melaporkan pasukan mereka mengeluarkan lebih 20 mangsa yang cedera dan 24 mangsa yang terbunuh. Namun ketika usaha mengeluarkan mangsa dijalankan, pasukan penyelamat dihujani dengan tembakan oleh rejim Israel.
Beberapa ahli pasukan penyelamat mengalami kecederaan, memakasa mereka berundur kerana persekitaran yang terancam di lokasi. Ramai mangsa yang masih lagi terperangkap dibawah runtuhan dengan tindakan kecemasan dijalankan untuk menyambung usaha menyelamat dan mengeluarkan mangsa yang terbunuh dan cedera.
Penterjemah : Hairul