
Isnin, 19/05/2025 – Jurucakap tentera Briged Izz al-Din al-Qassam, sayap tentera Gerakan Penentangan Islam (Hamas), Abu Ubaidah, pada petang Rabu, memberkati serangan tembakan ke atas sebuah kereta Israel yang membunuh seorang pendatang Israel dan mencederakan seorang lagi di barat Salfit, di utara Tebing Barat.
Abu Ubaidah berkata dalam catatan di Telegram: “Kami memberkati tembakan heroik yang berlaku berhampiran bandar Bruqin, barat Salfit, yang dilakukan oleh orang-orang di Tebing Barat.”
Abu Ubaidah menyeru orang ramai untuk bangkit menentang pendudukan mempertahankan Masjid Al-Aqsa, daripada pencerobohan di Tebing Barat dan kem-kemnya, dan untuk menyokong rakyat mereka di Gaza yang teguh.
Petang ini, sumber Ibrani mengumumkan bahawa seorang peneroka meninggal dunia akibat kecederaan serius yang dialami dalam serangan tembakan di barat Salfit dan seorang lagi cedera parah.
Penterjemah : Juhari