Categories
Berita Semasa

Sasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion, Peluru Berpandu Hipersonik Yaman Menyahfungsi Lapangan Terbang

Isnin, 19/05/2025 – Dalam kenyataan terbaru, jurucakap Angkatan Tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree berkata bahawa pasukan peluru berpandunya menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion di wilayah Jaffa dengan peluru berpandu balistik hipersonik. 

Dalam kenyataan hari Selasa itu, Saree mengesahkan bahawa peluru berpandu tersebut berjaya mencapai sasarannya. Kejadian itu sekaligus menyebabkan berjuta-juta warga Israel melarikan diri ke tempat perlindungan dan terpaksa menghentikan lalu lintas udara di lapangan terbang selama lebih sejam.

Jurucakap Angkatan Bersenjata Yaman menyatakan bahawa operasi ini adalah sebagai tindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai penjajah Israel terhadap rakyat Palestin. 

Dalam kenyataan itu, Saree turut menyeru syarikat penerbangan antarabangsa agar mengumumkan penggantungan penerbangan ke Lapangan Terbang Ben Gurion. 

Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Yaman yang hebat tidak akan meninggalkan rakyat Palestin yang telah mengalami pembunuhan beramai-ramai dan penghapusan etnik selama lebih dari satu setengah tahun, tanpa sebarang tindakan daripada masyarakat Arab dan antarabangsa. 

Beliau sekali lagi menyeru semua rakyat  dari negara Arab dan Islam untuk menunaikan kewajipan agama, moral dan kemanusiaan mereka terhadap rakyat Palestin yang tertindas. Beliau turut menegaskan bahawa operasi ketenteraan yang menyokong Gaza, penentangannya, larangan navigasi udara di Lapangan Terbang Lod, dan larangan pelayaran maritim Israel akan dihentikan hanya jika penjajah Israel turut menghentikan  pencerobohan dan menarik balik kepungan di Semenanjung Gaza.

Penterjemah : Halimah