Categories
Berita Semasa

7 rakyat Palestin cedera dalam serangan pendatang ke atas Deir Dibwan, Ramallah

Jumaat, 06/06/2025 – Sekurang-kurangnya tujuh orang rakyat Palestin cedera pada petang Rabu akibat serangan ganas oleh sekumpulan pendatang Yahudi ke atas Kampung Deir Dibwan, timur Ramallah di pertengahan Tebing Barat.

Menurut Bulan Sabit Merah Palestin, dua orang yang cedera dipindahkan ke hospital untuk rawatan lanjut, manakala lima orang lagi menerima rawatan perubatan di pusat kesihatan kampung itu.Sumber tempatan melaporkan yang pendatang-pendatang bersenjata menyerbu kampung itu, menyerang penduduk-penduduknya, dan mencetuskan kebakaran di beberapa rumah, ladang biri-biri, kandang kuda, dan beberapa fasiliti pertanian. 

Penterjemah : Nuridawati