
Jumaat, 06/06/2025 – Basem Naim, seorang pemimpin dalam Gerakan Pertahanan Islam (Hamas), berkata bahawa mereka bersedia untuk pusingan baharu rundingan, tetapi tidak berdasarkan pindaan terbaharu kertas utusan AS Steve Witkoff, yang tidak menjamin penghentian kekal terhadap penjajahan yang sedang berlaku di Gaza kini.
Dalam kenyataan media pada petang Selasa, Naim menegaskan bahawa mereka tidak boleh bersetuju dengan sebarang perjanjian yang tidak menjamin penamatan perang dan penjajahan terhadap Semenanjung Gaza. Jelasnya lagi, Witkoff telah kembali pada pusingan terakhir dengan cadangan yang sama sekali berbeza daripada yang telah dipersetujui sebelum ini.
Menurut Naim, cadangan baharu Witkoff itu termasuk terma samar yang tidak memberi sebarang jaminan penamatan perang ke atas Gaza. Beliau percaya bahawa dunia, termasuk sekutu Israel sendiri, telah meyakini bahawa Netanyahu adalah orang yang bertanggungjawab menghalang pencapaian perjanjian.
Oleh itu, Naim menegaskan bahawa HAMAS dan semua kumpulan Palestin tidak pernah melepaskan sebarang peluang untuk menghentikan peperangan dan penjajahan di Semenanjung Gaza dan meringankan penderitaan rakyat Palestin, dengan syarat terdapat jaminan yang jelas dan asli.
Penterjemah : Halimah