
Selasa, 10/06/2025 – Pergerakan Hamas mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan melancarkan perang untuk melumpuhkan serangan genosid pihak penjajah ke atas penduduk awam dan akan berterusan menyerang pihak musuh dengan taktik peperangan terbaru.
Dalam satu kenyataan media pada hari Ahad, Hamas berkata peningkatan operasi ketenteraan hanya menambah kekalahan dan menolak tebusan perang ke arah yang kelam. Pergerakan Hamas menegaskan jalan penyelesaian hanyalah rundingan menyeluruh di mana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terus menerus menolak jalan penyelesaian tersebut.
Pergerakan Hamas menegaskan kemenangan mutlak Netanyahu hanyalah cakap kosong dan hanya illusi untuk menipu orang awam, dengan menyatakan perang yang hendak di tamatkan telah bertukar kepada bebanan harian dan akan menamatkan dan menjatuhkan karjaya politik setelah lenyapnya impian untuk kemenangan yang mudah.
Penterjemah : Hairul