
Selasa, 17/06/2025 – Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), mengeluarkan amaran keras pada Khamis, mengecam mekanisme pengagihan bantuan yang disokong AS di Semenanjung Gaza, berkata ia gagal menangani krisis kelaparan yang semakin meruncing dan membahayakan nyawa rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di X, Lazzarini mengkritik model bantuan Yayasan Kemanusiaan Gaza yang beroperasi di bawah perlindungan pasukan pendudukan Israel (IOF) dan disokong oleh ratusan kontraktor keselamatan AS sebagai “memalukan, merendahkan, dan mengancam nyawa.”
“The Hunger Games” yang mengerikan tidak boleh menjadi realiti baharu, katanya.
Komen Lazzar ini datang di tengah-tengah kebimbangan antarabangsa yang semakin meningkat terhadap penggunaan kebuluran sebagai senjata perang Israel semasa pembunuhan beramai-ramai yang berterusan di Gaza, yang bermula pada 7 Oktober 2023.
Agensi PBB melaporkan hari Rabu bahawa lebih 2,700 kanak-kanak Palestin di bawah lima tahun telah didiagnosis dengan masalah kekurangan zat makanan kronik setakat akhir Mei, akibat langsung daripada pengepungan dan sekatan makanan dan bantuan kemanusiaan. Kakitangan UNRWA menyifatkan situasi di Gaza berada di situasi “ketidakupayaan dan keletihan puncak” dan memberi amaran bahawa krisis “telah mencapai tahap keputus asaan yang belum pernah terjadi sebelumnya” di seluruh kawasan itu.
Penterjemah : Hj Fariz