
Selasa, 17/06/2025 – Sebelas warga Palestin termasuk kanak-kanak, mati dibunuh manakala ramai lagi cedera pada petang Ahad selepas jet perang regim Zionis Israel melancarkan tembakan dua peluru berpandu berhampiran dengan Dabbaneh di timur Nuseirat, di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber tempatan melaporkan mangsa telah dipindahkan ke Hospital Al-Awda. Antara dua syahid yang telah dikenal pasti adalah dua adik beradik. Bangunan yang disasarkan didiami keluarga dari Ghrab, Al-Shabrawi, Abu Nar dan Shaheen.
Bangunan tersebut telah musnah dan menurut sumber tempatan, sebilangan besar para syahid dan mangsa yang hilang masih terperangkap di bawah runtuhan.
Penterjemah : Hairul