
Khamis, 19/06/2025 – Pasukan penjara zionis melancarkan serangan ganas ke atas para tahanan Palestin di beberapa pusat tahanan dalam tempoh beberapa hari lalu, menyerbu sel penjara dan memukul para tahanan atas alasan mereka meraikan serangan balas Iran ke atas Israel, demikian menurut Persatuan Tahanan Palestin.
Amjad al-Najjar, ketua Persatuan Tahanan Palestin berkata dalam satu kenyataan akhbar yang unit-unit rejim zionis, bersama anjing polis, menyerang para tahanana dengan baton dan gas pemedih mata setelah menggari mereka. Beliau menyifatkan serangan itu sangat tidak bermaruah.
Satu klip video tersebar pada Ahad yang mengesahkan penderaan itu, merekodkan apa yang disifatkan al-Najjar sebagai langkah sistematik. Beliau memberi amaran yang para tahanan sedang menderita dalam keadaan yang semakin teruk.
Penterjemah : Nuridawati