
Isnin, 23/06/2025 – Polis Israel telah membuka semula tiga pintu masuk Masjid Al-Aqsa pada hari Rabu setelah menutupnya sejak hari Jumaat lalu, di tengah seruan meluas agar rakyat Palestin mempertingkatkan kehadiran mereka di kawasan suci tersebut.
Saksi mata melaporkan bahawa pada jam 6:15 petang hari ini, tentera Israel telah membuka semula Pintu al-Majlis, Pintu Hitta, dan Pintu al-Silsila di Masjid Al-Aqsa, selepas ditutup selama enam hari.
Menurut mereka, para jemaah mula tiba di ruang solat Masjid Al-Aqsa pada petang itu selepas pengumuman pembukaan pintu-pintu tersebut, bagi menunaikan solat Maghrib dan Isyak.
Polis Israel sebelum ini telah menutup Masjid Al-Aqsa pada waktu subuh hari Jumaat lalu sehingga ke satu tarikh yang tidak dimaklumkan, serentak dengan pengisytiharan perang Israel terhadap Iran. Para jemaah dihalang masuk kecuali kakitangan dan pengawal masjid.
Penterjemah : Norshuhada Samudin