
Isnin, 30/06/2025 – Pihak berkuasa rejim Zionis Israel membuka semula beberapa pintu Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis yang dijajah selepas penutupan selama 12 hari berikutan peningkatan serangan dengan Iran baru-baru ini.
Pihak Pengurusan Baitulmaqdis melaporkan bahawa pihak berkuasa rejim Zionis Israel menarik balik keadaan darurat yang dikenakan hampir dua minggu lalu dan membuka semula Hitta, Silsila, dan Pintu Majlis untuk jemaah, menandakan sebahagian pelonggaran sekatan masuk ke Masjidil Aqsa.
Pintu Hitta adalah salah satu pintu masuk arah utara Masjid, yang menghadap ke kawasan kejiranan Sa’adiyya. Pintu Silsila terletak di sebelah barat berhampiran Pintu Magharibeh dan banyak digunakan oleh para penyembah. Pintu Majlis juga terletak di sebelah barat dan berfungsi sebagai salah satu pintu masuk utama pengunjung ke perkarangan Masjid.
Penterjemah : Hairul