
Isnin, 21/07/2025 – Seorang pegawai kanan di Kementerian Kesihatan Gaza telah mengesahkan bahawa bencana kesihatan akan mengancam nyawa beribu-ribu pesakit di Semenanjung Gaza kerana kekurangan ubat-ubatan yang teruk dan berterusan.
Zakaria Abu Qamar, Pemangku Ketua Pengarah Farmasi di Kementerian Kesihatan di Gaza, menyatakan dalam kenyataan akhbar bahawa 47% daripada ubat-ubatan penting tidak tersedia sepenuhnya, manakala kadar kekurangan bahan guna perubatan telah mencapai 65%. Ini bermakna hampir separuh daripada perkhidmatan farmaseutikal di Gaza telah menjadi tidak beroperasi.
Beliau menegaskan bahawa perkhidmatan onkologi dan hematologi adalah antara yang paling terjejas, dengan 67% ubat untuk pesakit ini tidak tersedia.
Abu Qamar juga menekankan bahawa lebih daripada 51% ubat penjagaan primer untuk keadaan kronik seperti diabetes, hipertensi, penyakit jantung, dan kegagalan buah pinggang berkurangan, memaksa pesakit untuk menggunakan rawatan alternatif yang kurang berkesan, yang berpotensi mendedahkan mereka kepada komplikasi serius.
Penterjemah : Ameen