
Isnin, 11/08/2025 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran tentang krisis kemanusiaan yang semakin teruk di Semenanjung Gaza, mengesahkan bahawa kematian akibat kelaparan dan kekurangan zat makanan semakin meningkat pada kadar yang membimbangkan di tengah-tengah sekatan Israel yang berterusan dan kesukaran untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan.
Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah WHO, berkata dalam sidang akhbar, “Masalah pemakanan berleluasa di Gaza, dan kematian berkaitan kelaparan semakin meningkat; ini amat membimbangkan masyarakat antarabangsa.”
Organisasi itu mendedahkan bahawa pada bulan Julai sahaja, kira-kira 12,000 kanak-kanak di bawah umur lima tahun telah didiagnosis dengan kekurangan zat makanan akut, meletakkan mereka berisiko tinggi kematian atau kerosakan kesihatan jangka panjang.
Penterjemah : Hairul