Categories
Berita Semasa

Hamas: Bantuan Hanya Setitis Air Di Lautan

Khamis, 14/08/2025 – Pergerakan Hamas berkata bahawa dasar kebuluran yang dikenakan oleh pendudukan Israel ke atas penduduk Semenanjung Gaza, yang telah meragut ratusan nyawa, termasuk berpuluh-puluh kanak-kanak, mewakili “bab paling terkutuk pembunuhan beramai-ramai” terhadap rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada hari Ahad, Pergerakan itu berkata bahawa bantuan yang memasuki Gaza  adalah “tidak lebih daripada setitis air di lautan keperluan kemanusiaan,” sambil menekankan bahawa bantuan dari udara adalah “aksi propaganda” yang membawa risiko serius kepada kehidupan awam dan bukan pengganti untuk “membuka lintasan darat dan membawa masuk trak dalam kuantiti yang mencukupi dan selamat.”

Hamas menuduh pentadbiran AS dan negara-negara menyokong Zionis sebagai “rakan kongsi dalam perang kebuluran dan pembunuhan beramai-ramai dengan menyediakan perlindungan politik dan ketenteraan kepada pendudukan.”

Pergerakan itu menuntut pembukaan segera dan tanpa syarat semua lintasan dan kemasukan bantuan yang mencukupi dan selamat untuk memenuhi keperluan penduduk Gaza, menyeru tindakan rasmi negara Arab dan Islam untuk menekan Washington dan Tel Aviv supaya menghentikan apa yang disifatkannya sebagai jenayah perang.

Penterjemah : Ameen