
Isnin, 25/08/2025 – Pengarah Kompleks Perubatan Al-Shifa, Dr. Mohammad Abu Salmiya memberi amaran bahawa 1.3 juta penduduk Gaza berdepan risiko besar sekiranya tentera Israel meneruskan serangan darat.
Beliau berkata hospital kini tidak mampu menampung pesakit kerana ruang rawatan penuh, bilik mayat sesak, manakala ratusan sudah terbunuh termasuk di dalam hospital.
Sejak 7 Oktober 2023, lebih 210,000 orang dilaporkan terbunuh atau cedera akibat serangan Israel, majoritinya wanita dan kanak-kanak. Lebih 9,000 masih hilang, sementara ratusan ribu lagi dipaksa meninggalkan rumah.
Dianggarkan 1.5 juta daripada 2.4 juta penduduk Gaza kini hilang tempat tinggal, berdepan kebuluran serta kekurangan ubat-ubatan dan air bersih akibat sekatan yang berlanjutan lebih 18 tahun.
Penterjemah : Ezatul