
Jumaat, 29/08/2025 – Philippe Lazzarini, Pesuruhjaya Jeneral Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA), pada Rabu menyatakan bahawa penduduk Palestin di Semenanjung Gaza kini berdepan pilihan yang mustahil – mati akibat pengeboman Israel atau mati secara perlahan akibat kebuluran disebabkan oleh sekatan.
Menerusi hantaran di “X,” Lazzarini berkata, “Tiada tempat yang selamat di Gaza. Tiada siapa yang benar-benar selamat.” Beliau memberi amaran bahawa hampir 700 hari sejak konflik ini bermula, “orang ramai terus terbunuh dan cedera apabila tentera Israel meningkatkan serta memperluaskan operasi mereka.
Beliau menambah, “Hospital, sekolah, pusat perlindungan dan rumah dibom setiap hari. Petugas kesihatan, wartawan serta kakitangan kemanusiaan terbunuh pada kadar yang tidak pernah disaksikan dalam mana-mana konflik sejarah moden.
Penterjemah : Neina