Categories
Berita Semasa

Pemimpin Hamas mengulas rancangan AS untuk mengosongkan Gaza: “Gaza bukan untuk dijual”

Khamis, 04/09/2025 – Ahli biro politik Basem Naim mengutuk sekeras-kerasnya laporan tentang rancangan AS untuk menguasai Semenanjung Gaza, mengosongkannya, dan menukar Gaza kepada zon ekonomi dan pelancongan, seperti yang dilaporkan oleh The Washington Post.

Dalam kenyataannya, Naim memetik peribahasa Palestin: “Lemaskan ia dan minum airnya,” dan menekankan, “Gaza bukan untuk dijual. Ia bukan tempat yang dilupakan di dalam peta dan geografi, Gaza adalah sebahagian daripada tanah air Palestin.”

Naim menegaskan penolakan rancangan itu oleh Hamas dan juga rakyat Palestin.

Penterjemah : Nuridawati