Categories
Berita Semasa

Bapa dan anak lelakinya cedera akibat tembakan Rejim Zionis di Tammun

Khamis, 04/09/2025 – Tiga rakyat Palestin cedera pada petang Isnin akibat tembakan tentera pendudukan Israel di bandar

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa krunya bertindak balas terhadap tiga orang yang cedera dalam sebuah kereta selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah mereka di bandar Tammun.


Al-Hilal menyatakan bahawa antara kecederaan itu ialah luka peluru hidup di kepala, luka peluru hidup di bahu, dan luka peluru hidup di kaki. Mereka yang cedera dibawa ke hospital.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan dalam satu kenyataan bahawa tentera pendudukan Israel menyasarkan ambulans dengan peluru hidup ketika ia cuba memasuki kawasan yang diserbu tentera untuk memberikan pertolongan cemas kepada yang cedera.

Sumber tempatan  melaporkan bahawa yang cedera adalah seorang bapa dan anak lelakinya, yang ditembak oleh pasukan pendudukan semasa serbuan ke atas Tamoun.

Sumber melaporkan bahawa pasukan pasukan khas Israel mengepung sebuah rumah di bandar itu dan melepaskan peluru tajam ke arahnya. Tiada maklumat lanjut mengenai nasib penduduknya.

Penterjemah : Juhari