Categories
Berita Semasa

Demonstrasi besar-besaran di Brussels Tanda Solidariti bersama Gaza

Selasa, 09/09/2025 – Beribu-ribu penunjuk perasaan turun ke jalanan di ibu kota Belgium pada hari Ahad lalu dalam perarakan besar-besaran bagi mengutuk perang Israel di Semenanjung Gaza dan menuntut dihentikan serta-merta serangan itu.

Protes itu dianjurkan oleh gabungan 200 persatuan, dengan peserta membawa kad merah untuk mengecam pencabulan undang-undang antarabangsa dan meminta sekatan terhadap Israel.

Sejak 7 Oktober 2023, Israel telah menjalankan kempen pembunuhan beramai-ramai di Gaza, melibatkan pembunuhan beramai-ramai, kebuluran, kemusnahan, dan pemindahan secara paksaan, dengan mengingkari rayuan dan perintah antarabangsa dari Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menghentikan keganasan.

Penterjemah : Dr Nurul