Categories
Berita Semasa

Pusat Hak Kemanusiaan -Israel menahan jururawat Al Hams di penjara Ashkelon

Selasa, 07/10/2025 – Organisasi Hak Asasi Manusia Al-Dameer, Gaza telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa pendudukan Israel bahawa jururuwat bernama Tasneem Al-Hams yang dicolek di Kawasan Al Mawasi, Khan Yunis di Selatan Jalur Gaza beberapa hari lalu sekarang sedang ditahan di Penjara Ashkelon.

Al Dameer memaklumkan perkongsian keberadaan Tasneem Al Hams daripada pihak Israel berlaku setelah pihak keluarga beliau bersetuju memberikan surat kuasa kepada Al Dameer untuk membantu di dalam kes ini

Alaa Al-Skafi, Pengarah Al Dameer di dalam kenyataan akhbar memaklumkan bahawa pihak pendudukan Israel menghalang Al Hams bertemu dengan peguam beliau sehingga Tarikh yang ditetapkan pada 16 Oktober 2025.

Dia menambah penahanan Al Hams ditambah sebanyak 45 hari lagi setelah dia dibawa ke Mahkamah Beersheba.

Al Dameer menyatakan kebimbangan beliau dengan pertambahan jumlah kes colek oleh unit bersenjata khas dan disokong dengan tentera Israel di beberapa kawasan di Gaza dan yang  terkini kes pencolekan jururawat berumur 23 tahun bernama Tasneem Marwan Shafeeq Al-Hams

Berkaitan dengan kes terkini, Al Dameer memaklumkan pada tarikh 2 Oktober, 2025 lebih kurang jam 9:10am, satu unit khas bersenjata yang memandu kenderaan ‘jeep’ telah meyerbu pusat kesihatan milik Kementerian Kesihatan di Kawasan Al Tayyiba, Al Mawasi, Khan Yunis dan mencolek Al Hams dan membawa beliau ke lokasi yang tidak diketahui.

Organisasi Al Dameer mengesahkan bahawa insiden ini adalah sebahagian daripada siri pencolekan yang berlaku, termasuk kes pencolekan awal bapanya, Dr Marwan Shafeeq Al Hams, oleh unit khas lain pada 21 Julai 2025 yang lalu. Sehingga kini beliau masih di tahan di Penjara Ashkelon dan dinafikan hak berjumpa dengan peguamnya.

Al Dameer mengutuk keras operasi pencolekan orang awam Gaza yang berterusan dilaksanakan oleh unit khas bersenjata yang disokong oleh tentera Israel dan penyerahan mangsa colek kepada pihak berkuasa Israel dengan jelas melanggar hak kebangsaan dan kemanusiaan

Organisasi Al Dameer meletakkan tanggungjawap sepenuhnya kepada pihak berkuasa Israel di atas keselamatan jiwa Tasneem Al Hams dan mangsa yang lain serta menuntut supaya pihak peguam diberikan akses segera untuk melawat dan menyiasat keadaan kesihatan mereka serta memastikan mereka mendapatkan pembebasan serta merta.  

Penterjemah : Hj Fariz