
Isnin, 13/10/2025 – Rejim Zionis Israel pada hari Isnin telah memperbaharui larangan terhadap Sheikh Ekrima Sabri, khatib Masjid Al-Aqsa, daripada memasuki masjid tersebut untuk kali ketiga, kali ini selama enam bulan tambahan.
Larangan terbaharu ini adalah sebahagian daripada dasar berterusan yang menyasarkan tokoh-tokoh agama di Baitulmaqdis yang dijajah, serta bertujuan menekan ucapan dan aktiviti keagamaan di dalam Masjid Al-Aqsa.
Sheikh Sabri telah beberapa kali dikenakan larangan dan dipanggil oleh pihak keselamatan sejak beberapa tahun lalu, disebabkan pendiriannya yang tegas menentang pencerobohan Israel ke atas Masjid Al-Aqsa dan pertahanannya yang konsisten terhadap hak umat Islam untuk beribadah dengan bebas di tapak suci itu.
Penterjemah : Norshuhada Samudin