Categories
Berita Semasa

GMO: Jumlah wartawan yang syahid meningkat kepada 255

Rabu, 15/10/2025 – Pejabat Media Kerajaan (GMO) telah mengumumkan bahawa jumlah wartawan yang dibunuh di Gaza telah meningkat kepada 255 orang sejak permulaan genosid di Semenanjung Gaza, rentetan pembunuhan wartawan Saleh Al-Jaafrawi pada Ahad.

Al-Jaafrawi, seorang wartawan dan aktivis, telah dibunuh pada petang Ahad setelah ditembak oleh tali barut Israel ketika merekodkan skala kemusnahan yang disebabkan oleh genosid dan serangan rejim zionis di Selatan kota Gaza.

Dalam satu kenyataan rasmi, GMO mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan-wartawan Palestin, dan menyeru Persekutuan Wartawan Antarabangsa, Kesatuan Wartawan Arab, dan semua badan wartawan seluruh dunia agar mengutuk secara terbuka terhadap jenayah sistematik ke atas para professional media Palestin di Gaza.

Penterjemah : Nuridawati