Categories
Berita Semasa

EU: Misi kami akan menyambung operasi di lintasan Rafah pada hari Rabu

Jumaat, 17/10/2025 – Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan pada hari Isnin bahawa misi pemantauannya akan menyambung operasi di lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir pada hari Rabu depan.

Perkara ini dinyatakan oleh Wakil Tinggi EU bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan, Kaja Kallas, dalam satu hantaran di platform media sosial “X”.

Kallas menjelaskan bahawa Misi Bantuan Sempadan EU di Rafah (EUBAM Rafah) akan memulakan semula tugasnya pada 15 Oktober.

Beliau menegaskan bahawa misi tersebut boleh memainkan peranan penting dalam menyokong gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober.

Penterjemah : Norshuhada Samudin